Dipenjarakan dan dibelenggukan oleh Kasih Allah

Pada satu ketika, saya begitu tertarik pada ayat  Efesus 3:1- 21 Itu sebabnya aku, Paulus, dipenjarakan kerana Kristus Yesus untuk kepentingan kamu orang bukan Yahudi…….Oleh ketertarikan ini, maka saya meninggalkan buat sementara  waktu Buku Kejadian dalam perenungan saya.  Dalam ayat ini cukup jelas mengatakan bahawa Paulus telah dipenjarakan kerana Kristus Yesus untuk memberitakan Berita Baik kepada orang-orang bukan Yahudi supaya mereka pun beroleh keselamatan dalam Kristus Yesus (maksudnya untuk kepentingan orang-orang bukan Yahudi).

Sekarang saya fikir, kita tidak dipenjarakan secara fizikal oleh jerjak besi atau dibelenggukan oleh rantai fisikal kerana memberitakan keselamatan melalui Tuhan Yesus Kristus. Saya fikir majoriti kita dipenjarakan dan dibelenggukan oleh

1.      sikap acuh tidak acuh kita terhadap panggilan Amanat Agung

2.      sikap dan praktis hidup ibarat suam-suam kuku (Wahyu 3: 14 -22)

Alangkah baiknya jika kita  panas terus…!!!!!!!. Kita harus memilih antara sejuk atau panas. Saya kadang-kadang berfikiran seperti ini,  jika mau sejuk biar terus-terusan sejuk, supaya tidak kerugiaan. Kerana kalau suam-suam, kita tidak menikmati sepenuhnya nikmat kebejatan kita di dunia ini. Itu kerugian pertama. Kerugian keduanya, kita akan tetap menderita oleh api neraka yang tidak berkesudahan selepas kita berlalu dari dunia ini. Jadi ada dua kerugian kalau hidup suam-suam kuku.

Jika kita memilih sejuk terus…… sekurang-kurangnya kita rugi sekali saja. Kita cuma rugi menderita api neraka yang tidak berkesudahan. Namun kerugian ini adalah kerugian yang tak tertanggungkan oleh kita. Kesakitan dan penderitaannya is beyond description. Kerugian seperti ini ( bagi mereka yang pernah menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat peribadi mereka) bermula dari pada dua sikap yang saya nyatakan di atas yang memanjara dan membelenggu kehidupan mereka. Bagi mereka yang dari awal lagi telah menolak Tuhan Yesus Kristus sudah tentunya turut menderita kerugian yang kedua juga.

Firman Tuhan menganjurkan supaya kita panas terus…! Seharusnya demikian.

Jika kita memilih panas terus……! atau saya ungkapkan ini sebagai dipenjarakan dan dibelenggukan oleh kasih Allah.  Kita akan kerugian menikmati hidup kebejatan yang tak terbatas. Bukan hanya tidak dapat menikmati kebejatan ini tetapi kita juga akan menjadi sasaran serangan iblis yang menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan kita. Firman Tuhan mengatakan kita akan dibenci oleh dunia ini. Kelihatannya kita dipenjarakan oleh pelbagai tekanan/masalah yang cuba mengejar dan mengerumuni kita. Tidak enak ya? Tetapi jika kita terus bertahan dan terus panas….! Segala itu akan terlucut di sorga nanti,  kerana di sorga segalanya indah. Dengan tubuh baru kita akan menikmati kemuliaan dan keagungan pemerintahan Allah yang Maha Tinggi. Bahkan kita dijanjikan untuk duduk bersama-sama dengan Tuhan Yesus Kristus di takhta-Nya (Wahyu 3:21). Bukankah itu sesuatu yang indah? Bukankah itu sesuatu yang luar biasa?

Makanya, marilah kita memberikan diri kita kepada Tuhan Yesus Kristus untuk dipenjarakan dan dibelenggukan oleh kasihNya bagi memberitakan Berita Baik kepada orang-orang yang bukan dari kelompok kita 

Saya fikir, dipenjarakan oleh kasih Allah jauh lebih baik. Nah saya memikirkan bahawa dipenjarakan oleh kasih Allah membawa maksud kita hidup dalam lingkungan kehendak Tuhan kerana kepatuhan kita kepadaNya atas kasih cinta kita kepadaNya hasil daripada hubungan baik kita denganNya. Pendek kata memiliki hati dan sikap seorang hamba kepada Tuhan. Hamba yang memiliki kemerdekaan dan kebebasan di dalam Tuhan Yesus Kristus. Jika kita sudah menjadi satu dengan Tuhan Yesus Kristus , kita akan mengerti benar dan dapat menikmati pemerintahan Allah dalam hidup kita walau pelbagai dugaan yang melanda. Bagi mereka yang dapat menanggapi, dipenjarakan dan dibelenggukan oleh kasih Allah bukanlah suatu penyeksaan atau penderitaan tetapi suatu persekutuan dengan Tuhan Yesus Kristus dalam penderitaanNya dan kekuasaanNya untuk menggenapi misi keselamatan umat manusia melalui Tuhan Yesus Kristus. Ia adalah persekutuan dengan Tuhan Yesus Kristus dalam menempuh kehidupan peribadi kita setiap hari. Dan persekutuan ini memberi kita kekuatan kerana Tuhan Yesus Kristus yang memberi kita kekuatan.  Firman Tuhan mengatakan bahawa Kasih karunia Allah cukup untuk kita. Cukup untuk kita menempuh kehidupan setiap hari.

Berkata-kata tentang kehendak Allah, Saya percaya bahawa kehendak Allah bukan sahaja mengasihi Dia dan sesama kita tetapi juga musuh. Dan mengasihi itu bukan hanya dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan.

Orang-orang yang bukan daripada kelompok kita saya maksudkan sebagai orang-orang yang bukan daripada gereja kita hinggalah kepada orang-orang daripada agama lain.

Jika kita meninjau kecenderungan peribadi kita dan gereja kita pada saat ini, adakah mungkin

1.      kita atau gereja kita suam-suam kuku.

2.      kita atau gereja kita cenderung mengasihi sesama sendiri yang ada di dalam gerejanya sahaja?

3.      Apakah gereja hanya melakukan 'internal maintenance?' Apakah mereka yang diluar itu terbiar begitu saja?

Jika benar demikian situasi kita, mungkin kita dalam keadaan yang sangat parah di mata Tuhan. Apakah mungkin Tuhan terpaksa menggunakan hajaran yang lebih keras untuk membebaskan kita daripada sikap suam-suam kuku ini?

Kasih karunia Allah cukup untuk kita! Tetaplah kuat di dalam Tuhan Yesus Kristus!

Tuhan memberkati kalian dan seisi keluarga kalian.

Sahabat.

 

 

Tampilan Terbaik di 1024 x 768