Submitted by sahabat on

Ketika saya duduk santai sambil membaca newspaper dalam satu ruang rekreasi, saya mendengar 3 perkataan yang menarik perhatian saya,  diucapkan oleh seseorang yang saya tidak kenali kepada kawannya. 3 perkataan itu ialah " buat atau tidak". Daripada perbualan mereka saya mengetahui bahawa mereka sedang tawar-menawar satu projek perniagaan.

Apa yang menarik bagi saya dalam hal ini ialah betapa objektifnya 3 perkataan itu. bermaksud, apabila orang itu menerima tawaran tersebut, ekspetasi daripada si pemberi tawaran itu ialah si penerima tawaran itu akan melakukan kerja dengan baik. Dalam ungkapan lain si pemberi tawaran sebenarnya menyatakan  "anda buat kerja dengan baik atau jangan terima tawaran ini"  Dalam 3 perkataan itu terma perjanjian kontrak lisan telah  pun dinyatakan dengan cukup jelas iaitu antara "buat" "atau" "tidak". Tidak ada di tengah-tengahnya. Dalam erti kata lain hasillah yang dikehendaki.

Prinsip "buat atau tidak" sangat luas pengaruhnya dalam kehidupan seharian kita. Contohnya apabila kita mahu duduk, kita duduk dan tidak pernah berlaku kita duduk apabila kita cuba duduk. Anda lakukan ini: satu inci sebelum punggung anda duduk atas kerusi, anda tahan punggung anda kerana mungkin anda berfikiran bahawa inilah keadaan 'cuba duduk'. Apakah yang anda rasa selepas 1 minit? saya pasti paha anda sakit. Apabila anda 'cuba duduk' anda akan berasa sakit. Namun hakikatnya anda tidak 'cuba duduk' apa yang anda buat sebenarnya ialah anda "tahan diri daripada duduk"  dan anda tidak berhasil kerana paha anda sakit dan akhirnya anda duduk. 

Mind set orang "buat atau tidak" dengan "cuba buat" adalah cukup jelas dan objekif. Orang yang pertama ini sekiranya dia terima tawaran itu dia akan melakukan pekerjaan itu dengan baik kerana dia mahu melakukannya. Sementara orang kedua ini, dia tiada tekad untuk melakukan kerja itu. Yang membezakan mereka ialah orang pertama "melakukan" kerja itu sementara orang kedua "cuba melakukan" kerja itu atau dalam erti kata lain tidak melakukan kerja itu .

Dunia tahu bahawa orang yang "melakukan"  kerana mahu, akan berjaya sementara orang yang hanya "cuba melakukan" tidak pernah sungguh-sungguh berjaya. Apabila mahu melakukan satu-satu kerja lakukan  kerja itu dan bukannya cuba melakukan kerja itu.