Klik x untuk menutup hasil pencarianCari di situs SABDASpace

The Hidden Leader In You II

sahabat's picture

Dalam rumusan saya yang terdahulu: The Hidden Leader in You-Part 1 , saya telah menyatakan bahawa attitude kita dipengaruhi oleh apa yang kita fikirkan tentang diri kita sendiri ( sama ada kita memiliki kemampuan atau tidak untuk memimpin) yang akhirnya membuatkan kita percaya pada diri sendiri atau tidak. Apa yang kita fikir tentang diri kita berasal muasal daripada siapa pencipta manusia. Pokok pangkalnya adalah asas itu sendiri: dari mana asal-usul kita.
Orang Kristian yang menggangkat Firman Tuhan sebagai buku yang benar yang diinspirasikan oleh Roh Kudus memahami bahawa manusia berasal dari Allah. Bukan hanya berasal dari Allah tetapi yang lebih penting lagi manusia diciptakan oleh Allah seperti diri-Nya sendiri dengan tujuan supaya manusia berkuasa ke atas bumi. Oleh kerana Allah mencipta kita seperti diri-Nya sendiri, Dia telah menuangkan sifat-sifat-Nya ke dalam diri kita.

Roh kepimpinan kita berasal-usul daripada Allah sendiri yang  telah menuangkan sifat-sifat-Nya ke dalam diri kita. Sifat-sifat Allah itu ada dalam diri kita. Roh kepimpinan itu ada dalam diri kita. Attitude kepimpinan itu ada dalam diri kita. Apabila sifat-sifat Allah itu tidak menonjol dalam diri kita, itu tidak bermakna sifat-sifat itu tiada. Sifat-sifat Allah itu tetap ada, tetapi perlukan kepercayaan dan kesedaran  bahawa sifat-sifat itu ada. Kita harus mengembangkan sifat-sifat dalam diri kita itu dengan melatih diri kita sesuai dengan sifat Allah itu. Maka itu sebabnya, saya mempercayai bahawa setiap manusia, 100%  boleh berubah  kembali kepada tujuan asal manusia diciptakan: berkuasa ke atas bumi. Kerana sifat-sifat Allah itu ada. Jika kita memahami bahawa dalam diri kita itu ada sifat-sifat Allah, dan jika kita memang mahu, kita pasti akan menggali jauh ke dalam diri kita dan membawa sifat-sifat Allah itu keluar dan dimanifestasikan ke atas bumi ini. Situasinya adalah sama seperti, seorang pelombong emas, jika dia tahu bahawa ada emas di sesuatu tempat, dia pasti akan melombong emas itu sampai dapat. Sekali pun terdapat longgokan emas yang besar di bawah tapak kakinya, namun kerana dia tidak tahu, maka dia tidak akan pernah cuba melombong emas di situ. Kuncinya adalah mengetahui, mempercayai dan mahukan emas tersebut. Demikian juga, kita harus tahu bahawa Allah telah menuangkan sifat-sifat-Nya dalam diri kita. Kita perlu mempercayai itu dan mahu merealisasikannya dalam kehidupan kita. Tentu tidak cukup dengan mengetahui dan mempercayai sahaja,  tetapi kemahuan yang mendalam dan tindakan untuk memanifestasikannya adalah sama penting dengan mengetahui dan memahami. Mengetahui, memahami, mahu dan bertindak memanifestasikan attitude kepimpinan itu adalah suatu urutan proses dalam merealisasikan sifat-sifat Allah itu dalam hidup kita.     
Menurut Dr. Monroe, banyak teori kepimpinan sekarang mengemukakan beberapa mitos yang mesti difahami, diselidiki dan dicabar.
Mitos#1: Teori  sifat dari lahir: ‘Pemimpin dilahirkan. Bukan dibentuk’
Mitos#2:  Kepimpinan adalah takdir atau ditentukan oleh ‘tuhan’- Hanya orang tertentu yang ditentukan untuk memiliki sifat kepimpinan
Mitos #3: Kepimpinan adalah hasil daripada personality berkarisma 
Mitos#4: Kepimpinan adalah hasil daripada persoanliti memaksa (manipulatif)
Mitos#5 Kepimpinan adalah hasil daripada Latihan Khas
Menurut Dr. Monroe, mitos di atas adalah mitos berkaitan dengan asal usul kepimpinan. Beliau mengemukakan Teori Kepimpinan yang dipanggil ‘Sifat Kepimpinan yang Diwarisi’.  Dari siapa sifat ini diwarisi? Daripada Sang Pencipta manusia.
Inti sari kepimpinan bukan dalam teknik tetapi dalam attitude kita. Kepimpinan yang sejati adalah attitude yang secara semulajadi menginspirasi dan memotivasi orang lain yang lahir daripada kesedaran bahawa setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin dalam lingkungan yang dipertanggungjawabkan dan boleh pergi lebih jauh lagi jika melatih diri untuk ke arah itu.
Apa yang selalu hilang dalam diri seseorang adalah kesedaran bahawa ‘sifat kepimpinan yang diwarisi” ada dalam dirinya. Dari mana sifat ini diwarisi? Daripada Allah. Ketika Dia mencipta kita Dia telah menuangkan sifat-sifat-Nya. Sifat-sifat apa yang telah dituangkan-Nya? Salah satunya adalah sifat kepimpinan. Menyedari bahawa potensi kepimpinan yang ada dalam diri kita itu sedang menunggu untuk dibangunkan, maka kita harus memiliki semangat dan keghirahan untuk memupuknya. Kita dilahirkan untuk memimpin, tetapi kita mesti menjadi pemimpin.

 

Peace
 

__________________

"Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita Baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang yang percaya kepada Yesus, mula-mula orang Yahudi, dan juga orang bukan Yahudi" - Roma 1: 16